Style translucent ataupun lut cahaya pada kasut memang jadi trend sekarang. Terbaru punya adalah colorway untuk Vans Tyson Peterson, Wayvee.
Bahagian translucent itu dihiasi dengan warna merah, kuning dan hijau, yang dihasilkan Vans bersama Tyson sendiri.
Disebalik bahagian atas kasut itu yang ada bahagian lut cahaya itu, ada juga teknologi DURACAP Vans yang memastikan kasut itu tahan lebih lama selepas dilenjan oleh skateboarder yang memakainya.
Untuk memastikan pegerakan kasut yang minimum masa skate, teknologi LuxLiner juga dimuatkan dalam kasut Wayvee dengan konsep sock-like, ataupun macam grip/cengkeman memakai stokin diaplikasikan dalam kasut ni, seperti model-model SKATE CLASSICS sebelum ini.
Tapak Wafflecup, vulcanized untuk pastikan ada board feel semasa memakai Wayvee.
Wayvee sudah mula dijual pada 5 Ogos lagi, kalau di Malaysia online lah, lockdown punya pasal.