Selepas lebih enam tahun, satu lagi signature colorway Vans Pa’din Musa dikeluarkanColorway pertama dilancarkan pada 17 November 2017 color hitam dan kuning model old school pro dan authentic pro. Kali ni The Endless Ride collection biru lain macam dengan model Sk8-Hi, old school dan Slip-On.
Kenapa kami kata Pa’din Musa, PM sebagai Tony Hawk Malaysia?
Selain daripada pernah berlakon filem, Pa’din juga seorang usahawan berjaya dan jenama PM masih mempunyai pengaruh yang kuat dan juga masih relevan dalam scene skateboarding negara – sama seperti Tony Hawk tapi Tony di peringkat global lah.
Dalam temubual dalam Astro Awani pada 2017, Pa’din merancang untuk membina lebih banyak skate park di negara ni, dan ternyata Pa’din berjaya merealisasikan manifesto itu, dan sebab itulah kami kata, Pa’din, PM yang boleh dipercayai.
Jangan kata kami tak warning!
Koleksi kedua The Endless Ride Vans Pa’din Musa, PM yang kedua akan mula dijual pada 24 Februari ni di Semenanjung Malaysia. Bukan senang nak dapat kasut Pa’din ni.
Ni yang berlaku pada edisi pertama yang dikeluarkan. Orang beratur awal pagi di kedai-kedai Vans dan skate shop untuk beli kasut pertama. Video ni di Kuantan pada 20 Oktober, 300 orang beratur untuk dapatkan baki 30 pasang lagi di sana.
Fenomena ini satu yang tak dijangka oleh Vans dan Pa’din sendiri sehingga dia pun tak dapat jumlah kasut untuk dijual bundle bersama baju keluaran Abah & Sons pada masa tu. Menurut Pa’din, Vans X PM ini akan dijual pada harga RM419 untuk model Sk8-Hi, RM399 untuk Old Skool dan RM339 untuk Slip On.
Pa’din sendiri akan jual koleksi kedua ini di workship Abah & Sons di Kepala Batas pada 24 Februari bermula jam 10 pagi (kita tengok ada yang berkhemah tak tahun ni). Colowary kali ini memang unik, seakan warna bendera Pulau Pinang, tempat kelahiran dan bermulanya kisah cinta Pa’din dengan skateboarding. Bangunan tinggi belakang tu kalau yang tak tahu adalah KOMTAR, tempat lepak dan skateboarding crew Penang sejak awal 90-an lagi.
Vans PM kali ini datang dengan tapak getah SickStick dilengkapi Duracap dengan insole PopCush. Gambar x-ray pada insole itu pula adalah menunjukkan tulang metatarsal kaki kanan yang pernah patah, buat kali pertama selepas 30 tahun bermain skateboard, selain terdapat tandatangannya.
Dokumentari tiga bahagian Pa’din, diarahkan Mark Khor berjudul Selamanya Skateboarding dilancarkan setiap minggu bermula 9 Januari dan finale pada 23 Februari di saluran Youtube 4OR Media.
Selain di kedai Vans, anda juga boleh beli Vans PM di dalam talian vans.com.my.
ENGLISH VERSION
Pa’din Musa, the trustworthy PM. After more than six years, another Pa’din Musa Vans signature colorway will be released.
The first Pa’din signature colorway, the ‘Honor The Tradition’ collection, was launched on November 17, 2017, featuring the Old School Pro and Authentic Pro models in black and yellow.
This time, ‘The Endless Ride’ collection comes in a different shade of blue, featuring the Old School, Slip-On, and Sk8-Hi styles.
Why do we call PM the Tony Hawk of Malaysia?
Apart from acting in movies, Pa’din is also a successful entrepreneur, and the PM brand still holds significant influence and relevance in the country’s skateboarding scene – just like Tony Hawk, except Tony operates on a global level.
Lastly, PM is considered trustworthy because he fulfilled his 2017 manifesto of building more skate parks in Malaysia 👻
Don’t say we didn’t warn you!
The second collection of The Endless Ride by Vans Pa’din Musa, PM’s second, will start selling on February 24th here in Peninsular Malaysia.
It’s not easy to get Pa’din’s shoes. That’s what happened with the first edition that was released. People lined up early in the morning at Vans stores and skate shops to buy the first shoes. This phenomenon was unexpected by both Vans and Pa’din himself, to the point where he couldn’t even get enough shoes to bundle with Abah & Sons clothing at that time.
According to Pa’din, these Vans X PM will be sold at RM419 for the Sk8-Hi model, RM399 for the Old Skool, and RM339 for the Slip On. Pa’din himself will sell this second collection at the Abah & Sons workshop in Kepala Batas on February 24th starting at 10 a.m. (let’s see if anyone camps out this year).
The colorway this time is unique, resembling the colors of the Penang flag, the birthplace and beginning of Pa’din’s love story with skateboarding. The tall building in the background, for those who don’t know, is KOMTAR, a place where the Penang skateboarding crew has been hanging out since the early 90s.
This Vans PM comes with SickStick rubber soles equipped with Duracap and PopCush insoles. The x-ray image on the insole shows the broken metatarsal bone of the right foot, the first time after 30 years of skateboarding, along with his signature.
The three-part documentary by Pa’din, directed by Mark Khor, titled “Selamanya Skateboarding,” premiered every week starting February 9th with the finale on February 23rd on the 4OR Media YouTube channel. Apart from Vans stores, you can also buy Vans PM online at vans.com.my.