Dah dekat nak Halloween ni. Dalam banyak-banyak filem seram 80an, mana satu filem seram yang memberi kesan kepada korang semua sehingga hari ini?

Nightmare on Elm Street, IT, The Shining, Friday the 13th, The Lost Boys ataupun The Exorcist? Bagi aku filem yang menakutkan sehingga kini nak repeat balik tengok pun tak mampu adalah The Exorcist.

Dia punya muntah berdarah-darah dan suara yang seram selepas kena rasuk memang tak dapat dilupakan.

Dah dekat Halloween ni dan aku rasa keluaran Vans & Warner Bros. yang baru dikeluarkan untuk musim ini bermakna kostum Halloween kita boleh bersifat skate wear dengan design filem ikonik yang aku sebutkan tadi.

Koleksi ni ada juga untuk wanita, tapi aku rasa sekarang semua dah gender neutral, lelaki dan perempuan dah pakai hampir semua benda yang sama. Semua koleksi ini akan mula dijual hari ini (1 Oktober). 

Nah tengok antara koleksi Vans & Warner Bros. … Vans x Horror Collection.

Related Post