Dennis Busenitz menyertai keluarga Adidas Skateboarding 15 tahun yang lalu dan bagi meraikan peristiwa penting itu, Adidas mengeluarkan model baru (tak baru sangat la) untuk Dennis.
Kasut berkenaan diberi nama, Busenitz Indoor Super yang diinspirasi daripada rekabentuk kasut 80-an skuasy indoor.
Seperti edisi yang sebelum ini, ia menggunakan suede pada bahagian luar dengan panel yang dibuat daripada nylon yang tahan lama selain lidah yang dibuat daripada kanvas.
Simbol XV diletakkan pada bahagian tumit menandakan 15 tahun (dalam huruf Roman) 15 tahun Dennis bersama Adidas.