Apa yang menjadikan Vans Skate Classics ini lebih kukuh daripada yang sebelumnya? Jawapannya ada pada lapisan DURACAP yang diletakkan pada keseluruhan bahagian kasut bagi memastikan ia lebih tahan lama.
Bagi mengetahui berapa banyak lapisan DURACAP yang diletakkan pada bahagian dalam kasut Skate Classics ini, Mariss membuat pembedahan terhadap kasut ini dengan memotong bahagian penting kasut itu di sebuah bengkel.
Selepas dipotong pada bahagian panjang kasut itu, bahagian ibu jari kaki terdapat lapisan DURACAP baharu yang lebih fleksibel dan nipis, sekali gus mengurangkan ketebalan untuk melindungi bahagian utama kasut yang akan ‘jahanam’. Tak perlu lagi ollie pad besar diletakkan pada bahagian luaran kasut dengan adanya lapisan DURACAP.
Tak cukup dengan memotong dari bahagian depan dan belakang, Mariss potong dari bahagian sisi pula, untuk melihat kedudukan DURACAP pada bahagian bawah lapisan kanvas Skate Classics.
Ternyata Vans meletakkan lapisan DURACAP pada hampir keseluruhan bahagian yang selalu rosak akibat aktiviti skateboarding. Menurut Vans, bahan yang digunakan untuk Vans Skate Classics ini juga diperkukuhkan, serta corak pembikinannya turut dinaik taraf.
Skate Classics direka semula oleh duta Vans seperti Lizzie Armanto, Dustin Henry, Axel Cruysberghs, Daiki Hoshino, dan Giovanni Vianna untuk memastikan kemajuan maksimum dalam pembikinan edisi Skate Classics.
Seperti kasut sukan yang lain, cushioning ataupun pelapik dalam kasut, Pop Cush baharu akan mengembalikan tenaga (energy-return) kepada pemakai untuk membolehkan anda bermain skate lebih lama. Ciri-ciri lain Skate Classics termasuklah bahagian tumit yang dihasilkan daripada acuan dan strap ataupun pemaut yang dicantum pada bahagian lidah untuk memastikan kasut ‘melekat’ pada kaki pemakai.
Bahagian tapak dan ibu jari juga diperkukuhkan dengan Sick Stick, yang dihasilkan oleh sebatian getah yang direka Vans untuk memastikan ia tahan lebih lama. Dengan teknologi terbaharu ini, silhouette ikonik Skate Classics sudah pasti akan lebih kukuh. Ini satu berita yang baik buat peminat design klasik Vans yang selama ini.