Dengan tagline, Anything Is Possible, memang betul, apa pun tak mustahil dengan kejayaan jenama China, Li-Ning menembusi pasaran skateboarding. Sudah pasti, ini bukan usaha yang dilakukan dalam sehari dua kerana China antara negara yang giat membangunkan atlet skateboarding untuk mengorek emas dalam sukan Olimpik, seakan mereka tak cukup emas lagi setiap tahun masuk Olimpik.

Pertama kali ia mula menunjukkan minat memasuki pasaran orang muda, terutama Barat ialah pada 2018, apabila terlibat sama dalam show fashion week di New York dan Paris. Tindakan itu menyaksikan penguasaan pasarannya meningkat 13.75 kali ganda kepada 226.61 billion dolar Hong Kong (RM123 bilion), pada tempoh berikut.

Dakwaan penggunaan ’force labour’ oleh jenama Barat terkemuka menguatkan lagi jenama itu di China apabila rakyat negara itu memboikot jenama luar untuk memilih menyokong jenama negara mereka sendiri. Ia menyebabkan penjualan Li-Ning yang semakin popular meningkat kepada 419 peratus, menurut laporan South China Morning Post pada Mei tahun ini.

Terbaru, Li-Ning mengumumkan Erik Ellington sebagai duta jenama Li-Ning bagi sukan skateboarding dan berkongsi koleksi kasut skateboarding yang dihasilkan dengan kerjasama Erik. Ini satu yang pelik bagi aku kerana setiap kali masuk kedai Li-Ning di Malaysia, tak pernah terfikir langsung nak beli apa pun barangan jenama itu, termasuklah raket badminton.

Foto kasut terawal Li-Ning yang ditunjuk Erik Ellington di Instagramnya – @erikellington

Semua tak kena dengan taste orang kita, pilihan warna, design, cutting yang agak kecil dan pelik, lengan tak cukup panjang tetapi Li-Ning terbukti bukan brand calang-calang kerana menguasai pasaran besar di China, walaupun masih dibelakang Adidas dan Nike.

Jadi tidak hairan, selepas menaja kontinjen India, China, pasukan bola sepak Sepanyol Celta Vigo, Espanyol, Sevilla, legenda bola keranjang Shaq, Dwyane Wade, Li-Ning boleh menjual idea ini kepada skateboarder di Amerika seperti Erik. 

Game Changer?

https://www.instagram.com/p/CRcAKANjDA5/

Kunci kejayaan untuk Li-Ning ialah membina kredibiliti. Jadi duta dan skate team yang dipilih harus mempunyai pengaruh yang kuat dalam skateboarding. Muncul Erik Ellington. Agaknya siapa mereka pilih sebelum ini?

Jadi boleh tak Bakerboys, yang terlibat sama mereka bentuk kasut Emerica dan Supra sebelum ini dapat menjadi game changer kepada jenama Li-Ning?

Tengok saja pada design kasut – memang macam kasut sports/jogging bukan sneaker typical flat shoes skateboarding. Colorway, memang trademark Li-Ning. Ia dilabelkan sebagai high-performance skate shoe, dengan Boom midsole technology. Design kasut adalah daripada Ellington sendiri, berdasarkan kasut basketball yang dipakai semasa membesar. Sedikit retro – kombinasi basketball dan running shoes.

Colorway yang digambarkan di sini adalah – Astro Pop, Polar Night dan Tropicana. Lain macam high pilihan Erik buat colorway kasut ni.

Seperti teknik pemasaran kasut skatebaording jenama lain, ia akan mula dijual di skate shop terpilih, KCDE, Andrew Downtown, Black Sheep, Kingswell dan Humidity di Amerika Syarikat bermula 22 Julai (unutk bina kredibiliti) sebelum diedar secara global oleh Ssene dan Luisa Via Roma pada 30 Julai.

Li-Ning juga menggunakan khidmat jurugambar terkenal, Lukas Gansterer untuk merakam style Li-Ning skateboarding yang dibarisi Zach Allen, Tinga Johnson dan Davey Sayles di New York. 

Adakah ia game changer buat jenama sukan China itu? Bila diiktiraf skateboarding, legend pulak tu, ia secara automatik mungkin diterima para peminat street wear. Atau adakah ia memerlukan lebih banyak masa, seperti cubaan Nike untuk masuk pasaran skateboarding?

Related Post