Sebelum wujudnya Vans Half Cab, street skaters memotong bahagian atas kasut Full Cab untuk membebaskan sedikit pergerakan buku lali mereka dan menjadikannya lebih ringan. Ini bermakna ia tidak memberi perlindungan kepada buku lali mereka seperti yang diperlukan oleh vert atau bowl skater yang menggunakan Full Cab.

Mike Carroll dikatakan skaters yang memulakan trend tersebut sebelum ini dan yang pertama memotong kasut hi-cut kepada mid-cut, termasuklah kasut Vans Full Cab.

Namun dalam video CUT DOWN: 30 Years Of The Vans Half Cab, Carroll mendedahkan dia bukan yang pertama memotong bahagian atas kasut Full Cab.

https://www.instagram.com/tv/CZ_1SvZhcNb/?utm_source=ig_web_copy_link

Sebaliknya, ia pertama kali dibuat oleh Jovontae Turner, seorang skater dalam kelompok San Francisco. Ray Barbee menggambarkan Turner sebagai seorang skater yang stylish dan ramai street skater mengikut trend itu termasuk Carroll dan geng-geng yang skate di EMB.

Dengan menggunakan pisau, mereka memotong Full Cab kepada Half Cab, bukan sahaja kerana style tetapi meningkatkan prestasi mereka dalam street skating.

Mungkin Turner yang memulakan trend tersebut, namun jujur aku cakap, Turner bukan top skater yang aku kenal tetapi Carroll antara yang mempopularkan kasut hi-cut kepada mid-cut.

Mereka sangat berpengaruh sehingga Steve Caballero sendiri mengikut trend memotong kasut kepada half-cab.

Namun, Caballero lah yang merasakan, daripada penat nak potong kasut, baik Vans keluarkan Half Cab sahaja, mid-cut skate shoes. Mariss dah pernah buat cerita pasal ni semasa kami buat video memotong kasut Sk8 Hi kepada mid-cut.

Ramai yang kritik dan tak faham kenapa Mariss nak kena potong kasut tu. Yang kutuk tanpa asas tu boleh lah delete komen dekat Youtube tu, sebelum lebih teruk memalukan diri sendiri.

Bagi yang tak tahu boleh lah tengok documentary CUT DOWN: 30 Years Of The Vans Half Cab | Episode 1: The Full Cab | Skate | VANS dekat bawah ni:

Ini pula demo potong kasut yang dibuat Mariss, enam tahun dulu.

  • IAN

Related Post