Remaja menguasai acara skateboarding wanita apabila Momiji Nishiya , 13 tahun dari Jepun menang emas! Tak cukup dengan itu, peserta harapan Brazil, Rayssa Leal, juga 13 tahun mendapat perak diikuti Funa Nakayama, 16 tahun gangsa.
Apa yang kita lihat ini usia tidak mengenal kebolehan untuk skateboarding. Zeng Wenhui dari China, 16 tahun adalah seorang penggiat kung fu, dipilih dan dilatih untuk masuk skateboarding turut beraksi dengan cemerlang dalam tempoh empat tahun sahaja.
Mereka dapat melakukan trick yang ramai profesional lelaki atau wanita dewasa dapat lakukan dalam tekanan competition dan ia satu yang menakjubkan. Dan lagi best, mereka ada banyak lagi masa untuk mengutip satu atau dua lagi pingat di Olimpik, SLS dan juga create video part yang gempak untuk sponsor mereka.
Kejutan dalam Olimpik, Pamela Rosa, Leticia Bufoni yang selalu beraksi di final SLS, tak lepas pusingan kelayakan pun. Mereka terlalu play safe sehingga dipintas oleh atlet yang jauh lebih muda daripada mereka ini.
Boringnya Olimpik ni, polisi pakai mask yang tak konsisten. Dekat park budak-budak ni dah peluk cium, tapi bila ambil medal kena pakai mask dan duduk jauh-jauh masa dikalung pingat. Tapi masa photoshoot boleh pula duduk rapat. They are in their own sports bubble but still kena sekat.
So skateboarding di Olimpik diterukan lagi 4-5 Ogos dengan saingan park.
Credit COVER PHOTO: @worldskatesb Instagram