Kena kurung, kena lockdown tak bermakna tak ada skate competition yang kita boleh sertai, malah ia menjadi lebih mudah buat kita kerana tak payah nak beratur tunggu giliran yang lama untuk buat run.

Ini direalisasikan menerusi kejohanan skateboard virtual peringkat Asia, Asian Skateboarding Championship Lockdown 5 (ASC).

Menerusi platform yang dinamakan Clippero (www.clippero.com/ASC202) kita semua boleh meningkatkan kemampuan dan dapat mengetahui tahap kehebatan kita dengan skaters lain di rantau ini.

Yang paling best adalah, contest ini percuma dan dibuka untuk semua.

Penasihat teknikal Millennial Events, Kenny Reed bertindak sebagai head judge untuk sesi kelayakan pertama bersama Anthony Claravall (team manager New Balance), Tommy Zhao (skate manager untuk Vans), Lawrence Keefe and Nino Moscardi (masing-masing skate manager untuk Adidas dan Nike SB yang berpangkalan di Jepun).

Kita akan bersama dengan Kenny dalam satu sesi temubual di Instagram LIVE tak lama lagi untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai ASC Lockdown 5 ini dalam masa terdekat.

Buat masa ini anda boleh dapat informasi lanjut dan daftar penyertaan anda di laman web, www.clippero.com/ASC2020.

Video penyertaan akan dipos di saluran media sosial @ASC dan 50 finalis akan dapat hadiah berupa produk manakala top 5 men dan women akan dapat hadiah wang tunai.

Yang bestnya, ASC ini dikuasakan kepada komuniti skateboarding tempatan termasuk saluran media tempatan untuk beri informasi dan juga mendapatkan hadiah anda.

Daripada membazirkan masa tengok Tik Tok and upload video kat Instagram nak jadi famous, baik masuk contest ni. 

Apa lagi, go join ASC!

Related Post