Kejohanan skateboarding online, Asian Skateboarding Competition Lockdown 5 sudah bermula dan ini cara-cara untuk memasuki contest tersebut.

1. Pergi ke www.clippero.com/ASC2020 dan pilih Mens atau Womens contest. Kalau lelaki tu jangan la pilih kategori wanita.

2. Daftar nama dan tambah bendera negara yang anda wakili, username Instagram anda, email dan cipta password.

3. Anda boleh kembali dan tukar video anda pada bila-bila masa, tetapi sebelum judging bermula.

4. Buka, upload video anda dan letak tajuk (selain cerita tentang diri anda)

PERATURAN:

1. Kumpul LIMA (5) tricks dalam satu video dan durasi video mesti tidak melebihi 60 saat.

2. Tarikh akhir untuk menghantar penyertaan adalah 25 Mei, 2020.

3. 50 finalis akan dipilih untuk memenangi produk dan hadiah wang tunai.

4. Judging akan dibahagikan kepada 70% kreativiti dan 30% kesukaran.

INSTAGRAM:

Kongsi mengenai perkara ini dengan komuniti dan rakan anda di Asia. Tag @asianskateboardingchampionship 

Peraturan Asas untuk Pusingan Kelayakan

1. Pertandingan ini bertujuan memberi inspirasi kepada kreativiti dan berkongsi kandungan yang menyeronokkan dan inovatif yang akan membuat kita sentiasa berhubung dengan rakan-rakan. Ia bagi menunjukkan tanda solidariti dengan rakan skaters di seluruh Asia yang terpaksa melalui pengasingan/kuarantin.

2. 5 tricks terbaik yang anda dikumpul dalam video mestilah tidak lebih daripada 60 saat. Ini adalah cabaran kemahiran dalam format video! Setiap penyertaan akan disusun mengikut kedudukan.

3. Pendaftaran adalah PERCUMA. ASC hanya perlukan nama anda, alamat email dan nama akaun Instagram anda sebagai kata nama. Dalam tajuk video, sila tulis mengenai diri anda, kewarganegaraan anda atau lokasi anda.

4. Satu skater, satu penyertaan. Pertandingan wanita dan lelaki diasingkan. Anda boleh kembali dan tukar penghantaran video anda pada tarikh selepas itu.

5. Ini adalah pertandingan dalam situasi lockdown, jadikan ia sebagai panduan untuk menghasilkan video anda. Pastikan anda tidak melanggar peraturan negara anda dalam penjarakan sosial, akses untuk berada di luar dan langkah keselamatan yang perlu dipatuhi.

5. Tricks akan diadili lebih kepada kreativiti berbanding kesukaran. Markah purata yang diberikan pada juri yang diketuai Kenny Reed, di antara 0 dan 10 markah.

6. Keputusan juri adalah muktamad, hadiah yang merangkumi produk dan wang tunai akan diberikan kepada finalis dan yang lain mengikut budi bicara ASC.

SOALAN LAZIM

Apakah tujuan pertandingan?

Pertandingan ini bertujuan memberi inspirasi kepada kreativiti dan berkongsi kandungan yang menyeronokkan dan inovatif yang akan membuat kita sentiasa berhubung dengan rakan-rakan. Dalam menunjukkan tanda solidariti dengan rakan skaters di seluruh Asia yang terpaksa melalui pengasingan/kuarantin.

Berapa kali saya boleh sertai pertandingan ini?

Seorang skater, satu pernyertaan sahaja.

Perlukah saya skate dalam kawasan tertutup/berbumbung/dalam rumah?

Tidak semestinya tetapi pastikan akan mengikuti nasihat pihak berkuasa dan kesihatan serta undang-undang negara anda.

Siapa boleh sertai?

Skaters dari semua kumpulan umur dan disiplin boleh sertai pertandingan ini, asalkan anda berasal atau berada di Asia. Ia terbuka kepada skaters profesional dan amatur.

Apakah kriteria yang dicari para juri?

Penyertaan akan diadili berdasarkan kreativiti terlebih dahulu dan kemudian kesukaran. Gunakan imaginasi anda dan pemikiran lockdown!

Apa yang dikira sebagai satu trick?

Apabila anda popped tail dan land dengan sempurna, ia dikira sebagai satu trick. Kombinasi juga akan dikira sebagai 1 trick dan penggunaan halangan atau obstacle sedia ada atau yang dibina adalah amat digalakkan.

Berapa yuran penyertaan?

Tiada yuran penyertaan, masuk adalah percuma.

Bagaimana saya boleh cek keputusan?

Apabila pengadilan dimulakan, papan pendahulu akan dikemas kini di laman web Clippero, dimana penyertaan yang terpilih dan keputusan akan dipaparkan di saluran sosial media ASC.

Siapa menjadi judge?

Kenny Reed sebagai Head Judge dan di peringkat akhir, dia akan disertai  Anthony Claravall, Tommy Zhao, Lawrence Keefe dan Nino Moscardi. 

CREDIT Top Photo: From @asianskateboardingchampionship Instagram photo by IG @bluntmagazineph

Related Post