Menyedari masalah yang dihadapi oleh skate shop semasa pandemik melanda dunia, Vans mengambil inisiatif untuk membantu kedai-kedai skate ini menerusi pertandingan video skateboarding secara dalam talian melibatkan skate shop di Asia.

43 skate shop dari Asia Pasifik perlu menghantar footage yang diedit semula daripada tiga rider mereka untuk mendapatkan wang tunai daripada Vans, bagi membantu membayar gaji staff dan apa-apa saja yang diperlukan.

Wang tunai tersebut asalnya untuk tujuan event yang sepatutnya dilangsungkan tahun ini namun terpaksa dibatalkan atas faktor keselamatan disebabkan penularan virus COVID-19 di seluruh dunia.

Video yang terpilih dalam pertandingan fasa pertama ini akan dimuatkan di laman web, vans.com/vans-showdown.

Kyle Walker akan turut menjadi judge bagi competition ini 

Sementara itu terdapat juga pertandingan mencipta obstacle skateboarding seperti yang diadakan tahun lepas.

Pa’din Musa, Absar Lebeh dari Indonesia dan lain-lain akan menjadi judge yang memilih 4 design terbaik untuk dijadikan obstacle bagi kejohanan yang akan diadakan, bila ia sudah selamat untuk travel semula.

Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh lah ke Instagram  @vansskateapac, bagaimana nak menyertai pertandingan dan juga mengundi.

Oh ya, poster bagi Vans Showdown kali ini direka oleh Donald Abraham, skater dan pelukis dari Sabah, yang dipilih sebagai artist of the year oleh Vans.

Power bro.

Related Post