Gambar di atas ni bukan orang hisap dadah, bukan beratur camping nak beli iPhone baru ataupun koleksi limited Adidas, atau Vans Pa’din version2, tapi brand lokal kita, Preme.KL di SS15 Subang Jaya.
Ya, Preme.KL punya jersi limited edition menjadi rebutan ramai mereka sanggup bermalam di tepi jalan sebab nak dapatkan jersi Preme.KL yang terbaru yang dikeluarkan Sabtu lepas.
Online sold out sampai crash website mereka, jadi terpaksalah budak-budak ni beratur nak dapatkan Preme.KL punya jersi.
Macamana rupa jersi Preme.KL tu?
Hanya 250 helai dikeluarkan untuk edisi kali ini dan sehingga kini, Mamak, owner Preme.KL tak tahu macam mana jenama mereka boleh jadi viral dan mereka juga tak bersedia untuk menghadapinya. Ini merupakan edisi kedua selepas yang pertama dibuat tahun lepas. Tahun lepas punya pun dah cukup cun.
Ini video orang ramai beratur nak beli jersi Preme.KL dekat SS15, tengok berapa panjang line beratur di situ. Mungkin sebab social distancing? Tak juga, semua rapat. Hehehe.
Tahniah Preme.KL team! Sekarang korang tahu la apa nak buat.