Andrew Reynolds diumumkan secara rasmi sebagai ahli keluarga Vans yang baru 7 hari lepas.
Namanya cukup gemilang pada pertengahan dan hujung 90-an sehingga dinama Skater of the Year Thrasher pada 1998, selepas menyerlah bersama Birdhouse yang menajanya pada 1995.
Pada usia 17 tahun ketika itu, Andrew atau lebih mesra dengan gelaran the Boss (sebab pengasas dan bos Baker Skateboards) sudah tour dengan legend lain seperti Tony Hawk (pemilik Birdhouse), Steve Berra dan Heath Kirchart.
Pada mulanya, Andrew ni memang kuat mabuk dan hisap ganja tetapi pada usia 24 tahun, dia insaf sepenuhnya selepas bergelut dengan ketagihan kokain dan juga alkohol.
Kemalangan teruk yang dialaminya akibat dadah dan alkohol telah menyebabkan dia dipenjarakan dan insaf.
Semangat untuk menjadi bersih dan sober itu diambil selepas anak perempuannya, Stella dilahirkan pada 2005.
Dari situ dia menjadi role model kepada semua, seorang ayah tunggal yang mahu menyampaikan mesej yang positif kerana bimbang imej awalnya bersama Baker amat negatif dan bimbang ia menjadi ikutan kanak-kanak dan orang muda.
Bagi Andrew, mesej yang disampaikan adalah dia mampu menjadi skater yang lebih baik tanpa rokok, dadah dan alkohol.
Berita Andrew meninggalkan Emerica juga merupakan satu kejutan kerana dia merupakan ikon jenama skate shoes itu selama 20 tahun, sebelum mengumumkan perpisahan dengan Emerica pada September 2019.
Sehingga November 2018, Andrew ada 13 pro model bersama Emerica namun penyertaan Vans merupakan lembaran baru buatnya untuk terus menyumbang kepada dunia skateboarding.