Pada 26 Julai yang lalu, seorang skaters yang mewakili kumpulan skaters di Selayang telah di kompaun sebanyak RM1,000 oleh pihak polis, kerana melanggar peraturan yang ditetapkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Skaters tersebut sudahpun mengaku kesalahan yang dibuat dan menerima saman tersebut. Gathering kecil-kecilan itu melibatkan sekitar 35 orang itu memang ada melanggar peraturan itu.

Mereka berkumpul seawal 10 pagi dekat sebuah spot di Bandar Baru Selayang. Ramai polis melalui kawasan itu tidak mengambil apa-apa tindakan sehinggalah jam 2 petang, akibat kelalaian mereka, SOP gagal dipatuhi dan 2 orang polis tidak beruniform datang bagi saman.

Salah memang salah, saman diterima dan sudah dibayar.

Surat saman skaters selayang.

Cuma peraturan yang digunakan harus sama rata dan konsisten; sebagai contoh, kenapa tiada yang pergi saman on the spot ke atas yang berkumpul tak ikut SOP di hadapan mahkamah masa pengumuman keputusan kes Najib Razak minggu lepas?

KKM dan MKN turut menyatakan kecewa dengan perbuatan mereka yang dipanggil kluster bossku oleh netizen.

Jadi nasihat kami, skaters di luar sana, sebab kita tak ada kuasa untuk mengawal peraturan dan pihak berkuasa, pastikan anda patuhi SOP. 

Pakai mask di tempat sesak, tempat awam dan jaga jarak fizikal masing-masing. Jangan lupa hand sanitizer. Jangan kena saman RM1,000 tak kena gaya.

Skate safe and have fun. Jangan jadi macam geng kat bawah ni:

Related Post