Bart Simpson (ya dari kartun the Simpsons) adalah merupakan salah satu ikon skateboarding di mana dia memang main skate dan pergi sekolah dengan skateboard.

Bart adalah salah satu karekter yang mempengaruhi aku untuk menjadi seorang skater dan koleksi Vans X The Simpsons yang baru diumumkan ini adalah POWER (kalau rempit dia kata mantul).

Memang aku dah tak sabar nak tengok kasut Vans Chukka Pro (untuk skate) edisi Bart Simpson, seorang prankster yang berusia 10 tahun dalam siri kartun popular Amerika itu.

Chukka Pro seperti biasa datang dengan Vans Duracap yang mengukuhkan kasut itu.

Bukan setakat Chukka, Sk8-Low juga melengkapkan koleksi Bart Simpson ini dengan warna merah dan grafiti ikonik serupa seperti yang dapat disaksikan semasa title sequence kartun itu dengan portret, El Barto.

Bukan setakat Bart ada juga lapan kasut lagi yang memberikan penghormatan kepada karekter-karekter the Simpsons yang lain.

Paling mencuri tumpuan aku adalah Slip-On Pro yang boleh digunakan untuk skateboarding yang dikenakan dengan warna ikonik biru dan kuning, tema kartun the Simpson itu sendiri.

Banyak lagi, penuh nanti dekat kedai Vans di seluruh Malaysia.

Koleksi Vans untuk lelaki dan wanita termasuk koleksi adik perempuan Bart, Lisa – ada baju, ada fleece dan macam-macam lagi.

Tengok saja gambar koleksi Vans X The Simpsons ini. Mungkin laku di pasaran. Siap serbu Vans yang akan mula menjual koleksi ini pada 7 Ogos nanti.

Related Post