Kalau anda seorang skateboarder, anda pasti tahu apa itu Shake Junt dan apa konsep skateboarding yang dibawa oleh mereka.
Untuk meraikan pergerakan Shake Junt dalam mempengaruhi skateboarding di dunia menerusi tricks, fesyen, muzik dan attitude, Vans mengeluarkan edisi collab bersama Shake Junt.
Koleksi baru ini turut dihasilkan bersama team Vans seperti Kader Sylla, Dustin Dollin, Rowan Zorilla dan Kyle Walker.
Antara yang menarik adalah Kyle Pro 2, Old Skool Pro, Slip-On Pro dan Era Pro, meraikan 12 tahun kewujudan Shake Junt dengan menerbitkan konsep “by homies for homies.”
Mungkin gambar cover untuk koleksi ini diletakkan atas makanan dilihat sebagai satu pembaziran, tetapi Vans memberitahu kami bahawa krew yang terlibat memastikan tiada pembaziran makanan berlaku.
Mereka yang terlibat makan semua hidangan yang digunakan untuk shooting produk ini selepas kerja selesai.
Pilihan Mariss untuk koleksi kali ini adalah Kyle Pro 2, tapi Slip-On Pro hitam dan emas juga kelihatan gaya, mutu dan keunggulan.
Siapa tahu, tahu la.
Selain kasut dan juga apparel untuk menyokong keluaran Vans Shake Junt ini.