Vans nampaknya tak terkesan langsung dengan pandemik global ini kerana membuat keputusan untuk mengambil alih Supreme dengan bayaran USD2.1 bilion ataupun RM8.62 bilion.
Pemilik Vans, VF Corp membuat pengumuman itu pada Isnin.
Jumlah itu tidak termasuk USD$300 juta tambahan bergantung kepada pencapaian yang disyaratkan selepas pengambil alihan itu.
Pengumuman itu menyaksikan saham VF Corp meningkat 10 peratus kepada USD$77.24 pada pembukaan awal dagangan.
Carlyle Group dan Goode Partners adalah dua syarikat yang mahu menjual kepentingan mereka dalam Supreme.
Selain Vans, VF Corp turut memiliki The North Face dan Timberland.