Selepas lebih setahun event tak boleh buat betul-betul, akhirnya Tempatan Fest punya team mendapat kebenaran untuk mengadakan event dan mengajak komuniti Skate Tua untuk mengadakan event skateboarding di Tempatan Fest di Technology Park Malaysia (TPM).

Selamba buat dekat court futsal berbumbung, lantai yang licin, hujan renyai-renyai bermula pada pagi tidak menganggu perjalanan Skate Tua Skate Sikit Competition @ Tempatan Fest. Asalnya idea Skate Sikit hanya untuk komuniti Skate Tua yang diasaskan Awad So What, yang popular dengan Youtube Channel Awad Studio. Tapi bila ramai juga orang muda datang, Skate Tua kasi chance la budak-budak masuk best trick competition kepada rider-rider sponsor dan sebagainya.

Cuma competition best run (asalnya best line) diadakan secara tertutup untuk komuniti Skate Tua sahaja. Dekat 20 orang daripada komuniti Skate Tua masuk competition ni, yang lain tak berani. Dalam group Whatsapp Skate Tua ada la lebih 130 orang dalam tu.

Pa’din dan Joe Ipoh pun datang untuk memeriahkan majlis, buat la demo geli-geli satu untuk penonton yang hadir sebagai living legends of skateboarding in Malaysia.

Skate Comp mula 9am, dengan Duck Walk race, kemudian terus kepada best run Skate Tua community dan akhir sekali best trick open. Best run dimenangi Khalil Gibran aka Gibran skate shop owner, sementara best trick Fikri Fauzi tapau. 

Best trick obstacle pun simple je, box tinggi satu kaki, sebab nak tengok trick habis tech dapat dilakukan budak-budak yang terer dan ternyata memang berpuas hati.

Apa pun ia satu gathering yang best, SOP cuba diamalkan sebaik yang mungkin. Tahniah kepada Skate Tua.

ALL PHOTOS from skate.tua Instagram. Click here to view more.

Related Post