Apakah resepi kejayaan Keegan Palmer memenangi emas di Olimpik dalam kategori park lelaki?
Baru berusia 18 tahun, sokongan padu ibu bapanya untuk mengembangkan kerjayanya dalam skateboarding adalah kunci utama.
Kenapa? Ini point yang paling penting. Keegan hanya menjalani home school ataupun bersekolah di rumah hanya sejam sehingga sejam setengah setiap hari. Dia berhenti sekolah biasa selepas tamat gred 4 (9-10 tahun). Mana ada parents di Malaysia yang sanggup buat macam ni?
Kalau ada pun parents macam tu, mungkin dia tidak cukup dana atau fasiliti untuk memastikan anaknya dalam meneruskan kerjayanya dan menjalani kehidupan macam Keegan.
Untuk memastikan prestasinya dan kecergasannya terus meningkat, Keegan bangun awal pagi dan terus pergi surfing ataupun luncur ombak bersama bapa atau kawan-kawannya. Surfing memang sukan utamanya sebelum membuat keputusan untuk fokus pada skateboarding pada usia 14 tahun.
Selepas habis surfing, Keegan akan pulang dan menjalani aktiviti pendidikan bersama guru di rumah. Selepas itu dia terus pergi bermain skateboard atau menjalani aktiviti yang biasa dilakukan remaja lain seperti bermain video game dengan rakan-rakannya.
Bukan setakat berlatih skateboarding setiap hari menjanjikan kejayaan kepada skateboarder yang sudahpun mempunyai bakat yang besar itu. Keegan asalnya bertubuh kecil dan untuk memastikan kompetitf dan lebih kuat, dia menjalani latihan bersama trainer di gim, untuk meningkatkan prestasi dan kecergasannya.
Sejak berusia 14 tahun, dia menjalani latihan di Nakoa Performance di California. Walaupun bertubuh kecil, dia menunjukkan dia mampu melakukan skill yang hebat seperti pemain profesional yang lain. Dengan latihan kecergasan yang diberikan, dia dapat mengatasi prestasi heronya di kejohanan, seperti Tom Schaar, Cory Juneau, Alex Sorgente dan termasuklah Pedro Barros yang mendapat perak di Olimpik.
Latihan tersebut meningkatkan kekuatan fizikalnya, terutama sekali pada kakinya, selain meningkatkan mobilitinya dan pemulihan kecederaan yang pernah dialaminya sebelum ini.
Trainernya, Ryan Gallop menjangkakan kekuatan fizikal Keegan akan terus meningkat dan dia akan terus berjaya menaiki podium, termasuk memenangi satu lagi pingat emas Olimpik di Paris 2024 nanti.
Keegan, lahir di Amerika tapi membesar di Goldcoast, Australia dan hanya pindah ke Amerika pada usia 2017 untuk menjalani latihan yang lebih baik sebagai persediaan ke Olimpik. Malah, dia disenaraikan sebagai watak penting dalam kontinjen Australia untuk membawa pulang emas, berdasarkan kejayaan yang dicapai di peringkat antarabangsa.
Dia memilih untuk mewakili Australia ke Olimpik kerana ia merupakan tempat dia membesar dan mempelajari semua perkara yang membawa kepada kejayaannya termasuk skateboarding dan surfing.
Sumber: Whistle / Olympic.org