Hujung minggu lepas kita telah menyaksikan video full length pertama Hellbent Skateboards bertajuk Hellbent to Skate. Video itu memaparkan antara tiga rider mereka, Porock Luis, Gjoy Azizul dan Arina Rahman.
Ketiga-tiga rider mempunyai kelebihan masing-masing namun Gjoy part atau bahagian Gjoy paling dinanti-nantikan peminat skateboarding tempatan. Ia terbukti apabila sorakan bagi part Gjoy lebih kuat berbanding rider lain.
Porock dan Arina tidak kurang hebatnya dengan memaparkan identiti skating masing-masing. Gjoy pula lebih mempersembahkan trik-trik yang lebih teknikal.