Kenapa kita perlu beli disc emas (original) dan bukan disc purple (dvd-r)? Semua yang hidup zaman DVD pasti pernah tengok iklan tu dekat DVD yang korang beli. Tapi perasan tak, ramai pun tak peduli benda ni kerana ia tak beri kesan terus ataupun direct kepada pembeli.
Undang-undang pun tak ketat, sebab tu dari cetak rompak DVD/VCD, sekarang jadi cetak rompak melalui digital android box dan juga sebelum ini, TORRENT (masih digunakan bagi yang rajin). Dalam skateboarding pun sama, masalah pembelian fake products atau imitation ini adalah orang ramai beli sebab anggap mereka tak mampu dan cukup sekadar beli fake.
Mereka tak fikir masalah yang lebih besar atau lebih jauh.
Ini bukan isu belagak atau riak sebab kita pakai original dan yang tak mampu beli copy ori. Ini adalah isu hak cipta, periuk nasi orang lain yang dicuri.
Mungkin mak ayah korang tak terkesan akibat beli fake ni, yang telah mencuri harta intelek orang lain, tapi mungkin mak ayah kawan kau yang terkesan.
Tapi korang ada peduli ke?
Bayangkan jenama HZ skateboard, Fun Forever, Siblings skateboard yang kena ciplak dekat China. Dan korang tetap beli atas alasan lebih murah.
Apa akan jadi kepada pemilik HZ, FF dan Sibling yang korang kenal tu?
OK la, ada bangkit sebelum ini deck Baker dan bearing Bones palsu, bukan syarikat orang Melayu atau orang Malaysia pun terkena.
Korang tahu tak pemilik Bones dan Baker tu pun ada anak-anak mereka nak bagi makan? Korang tahu tak ada di kalangan skateboarders kita pun kenal orang yang kerja dan memiliki Baker atau Swiss Bones tu?
Korang tahu tak ada skate shop local yang dah bayar bawa produk original tu dekat Malaysia rugi sebab tak dapat jual produk itu sebab korang beli fake? Dunia ini kecil, kalau tak kena dekat korang sekarang, mungkin kena dekat saudara korang yang keluar produk sendiri yang tiba-tiba kena ciplak oleh orang lain.
Ini semua karma, tak semestinya direct atau kena terus kepada kita, tapi kena tempias kepada orang yang hampir kepada kita, atau kena balik kepada kita dengan cara lain, seperti hilang pekerjaan. Tuhan ni maha kaya dan adil, Tuhan tahu apa yang nak balas dekat kita di dunia ini.
Jadi apa kesimpulannya? Adakah korang masih akan selfish atau pentingkan diri sendiri kerana dan terus membeli barangan fake, “janji aku senang, mereka punya hal bukan masalah aku?”
Mana satu diri anda?
Tepuk dada tanya selera, kalau tak mampu, buat cara tak mampu, tak perlu terlibat dalam menyokong penjenayah itu. Akhirnya penjenayah yang buat fake ni bukan sahaja bagi makan anak-anak mereka, tapi bagi juga makan kepada lanun-lanun haram, membiayai pemerdagangan manusia dan sebagainya.
Fake product ni bukan setakat benda kecik-kecik remeh temeh, janji korang lepas yang lain lantak, ini juga hal ekonomi negara (dan dunia), moral dan etika. Kalau tak peduli pasal ekonomi, politik semua sucks, di mana pula korang letak moral dan etika anda? Islam pun tuntut benda ni.
Faham tak apa yang cuba kami terangkan atau korang rasa kami sekadar riak nak cerita kami mampu beli original?
Bukan semua kami mampu beli wei, yang tak mampu kami tak beli la, janji jangan bagi duit kepada lanun dan penjenayah yang mencuri harta intelek orang lain. Semua agama termasuk yang tak percaya Tuhan pun tahu mencuri itu salah.
Ini bukan curi roti sebab lapar, ini curi harta intelek orang, tak beli pun tak mati. Ini isu fake vs original, bukan belagak sombong dengan kemewahan diri sendiri.
Ada banyak brand local yang menghasilkan barangan yang berkualiti dan standard yang sama dengan pro pakai dekat USA tu. Contohnya baju Supreme, tak mampu gila wei, tapi tak pula kami pergi pasar malam dan beli sehelai.
Fake product only kills the industry and our friends.
Dah la tu, ada juga orang yang jual barang fake kata original, itu lagi kejam. Jangan sampai terkena balik kepada kita dan merugikan diri sendiri. Jual barang fake ni denda dia berat, kalau ada orang report, masuk dalam jail tak mampu bayar saman.
Stop buying fake products, work hard for it or don’t buy at all.
Tak rugi pun kalau tak mampu, tak rugi pun kalau tak dapat memuaskan hati kawan-kawan, tak perlu wujud peer-pressure (tekanan rakan sebaya) dalam skateboarding ni. Jangan dok ejek budak pakai selipar atau pakai kasut sekolah pergi main skate, itu je kemampuan dia, janji original dan tak terlibat dalam membiayai aktiviti haram.
Takda orang yang lahir terus senang atau kaya, mereka berusaha keras, termasuklah anak raja sekalipun. Kepada yang tak tahu kesan beli barang fake yang kami terangkan tadi tak apa, sekarang korang tahu.
Yang tahu tapi buat tak tahu tu masalah besar, harap tak turun kepada anak-anak.
COVER FOTO: DEVIN EVERY